Sistem maklumat geografi (Geographical Information System atau GIS secara ringkas) ialah sistem komputer untuk memperoleh, menyimpan, menyemak dan memaparkan data yang berkaitan dengan kedudukan di permukaan Bumi. GIS boleh menunjukkan pelbagai jenis data pada satu peta, seperti jalan, bangunan dan tumbuh-tumbuhan. Ini membolehkan orang ramai melihat, menganalisis dan memahami corak dan perhubungan dengan lebih mudah.
Visualisasi data yang rumit dan dalam jumlah yang banyak membolehkan pemahaman dan kesedaran yang lebih jelas tentang sesuatu kawasan yang dianalisis
Sistem maklumat geografi beroperasi pada pelbagai peringkat. Pada peringkat paling asas, teknologi sistem maklumat geografi digunakan sebagai kartografi digital bantuan komputer atau pemetaan.Β
Kuasa sebenar GIS adalah melalui penggunaan kaedah spatial dan statistik untuk menganalisis atribut dan maklumat geografi memberikan seseorang pemahaman yang lebih mendalam tentang lapisan data kolektif.