Kitaran karbon menerangkan bagaimana karbon bergerak antara atmosfera, tanah, makhluk hidup, lautan dan sumber manusia. Kitaran karbon ialah proses yang memindahkan karbon antara tumbuhan, haiwan dan mikrob; mineral di dalam bumi. Karbon adalah elemen keempat paling banyak di alam semesta.
Kitaran karbon ialah satu keseimbangan atmosfera yang rapuh untuk mengekalkan kehidupan. Keseimbangan ini telah terganggu sejak dua abad yang lalu apabila manusia memulakan revolusi perindustrian pertama dan kedua dengan membebaskan sejumlah besar gas rumah hijau ke atmosfera. Ini telah meningkatkan suhu global dan membawa perubahan iklim buruk yang kita hadapi sekarang.
Sebagai langkah segera, untuk memberi masa bagi industri yang mengeluarkan gas rumah hijau, mencari penyelesaian kekal untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, tindakan diperlukan untuk memastikan aktiviti penebangan hutan berskala besar ke tahap minima.Β
Aktiviti sebegini akan mengakibatkan kerugian ekonomi kepada negara membangun. Satu konsep bijak telah dicadangkan di mana industri pengeluar gas rumah hijau akan memberi pampasan kepada negara yang mengurangkan aktiviti pembalakan sebagai satu penyelesaian menang-menang (win-win solution).
Langkah ini bukanlah satu langkah kekal yang dapat selesaikan masalah perubahan iklim. Ia hanya sekadar mengimbangi pelepasan gas rumah hijau oleh industri dengan stok karbon di hutan. Walaupun begitu, langkah ini akan membantu melambatkan kesan rumah hijau sementara kita dapat mencari penyelesaian yang kekal.
Bersama dengan rakan-rakan sokongan teknikal kami, Geoid Hitech bersedia memberi perkhidmatan mengurus, mengukur serta menyediakan laporan kredit karbon yang sah untuk tujuan pengimbangan dan perdagangan karbon.